Kontroversi Good Vibes Festival

2023: Adegan homoseksual The 1975

Edisi 2023 diganggu kontroversi besar yang melibatkan persembahan penutup malam hari pertama oleh The 1975, khususnya vokalisnya, Matty Healy. Dalam persembahan kugiran tersebut, Matty telah dilaporkan meludah di pentas, menyalakan rokok, membimbit botol wain, menghempaskan dron penganjur, serta kelihatan mabuk.[7] Susulan tingkah laku tersebut, beliau menyatakan ketidakpuashatiannya tentang ulasan di Tiktok yang mengandaikannya sebagai pedofil[8] dan kemudian menggunakan kesempatan di atas pentas untuk mengutuk perundangan berkaitan homoseks dan hak LGBTQ+ di Malaysia yang secara kuat menentang golongan LGBTQ+. Matty menyatakan bahawa pihaknya "telah membuat kesilapan. Semasa kami menempah rancangan, saya tidak melihatnya. [...] Jadi, saya menarik persembahan semalam dan kami berbual, kami berkata 'anda tahu, kami tidak boleh mengecewakan anak-anak kerana mereka bukan kerajaan'".[9][10] Beliau mengutuk kerajaan Malaysia dengan hinaan retarded ("terencat" atau "bodoh")[11] sebelum bertindak mencium rakan kugirannya, Ross MacDonald sebagai adegan dukungan LGBTQ+.[12]

Pada keesokan hari, adegan itu menjadi isu senegara, dan The 1975 ditahan dan serta-merta disenarai hitam daripada melakukan persembahan di Malaysia.[13] Pihak kerajaan Malaysia kemudiannya mendesak penganjur untuk membatalkan festival muzik selanjutnya, dengan menyatakan bahawa "kelakuan dan kenyataan kontroversi" oleh Matty adalah "berlawanan dengan tradisi dan nilai budaya tempatan."[14][15] Warga-warga minoriti yang berkaitan LGBTQ+ telah menyatakan bahawa tindakan Matty telah merosakkan usaha mereka dalam memperjuangkan hak mereka dan tindakannya merupakan aktivisme performatif yang dilakukan tanpa memikirkan akibat yang akan dialami oleh minoriti-minoriti yang terlibat.[16][17] Berikutan kontroversi tersebut, The 1975 telah membuat kenyataan bahawa persembahan mereka yang dijadualkan berlangsung di Indonesia dan Taiwan telah dibatalkan.[18]

Rujukan

WikiPedia: Good Vibes Festival https://www.thesundaily.my/style-life/best-weekend... https://www.lifestyleasia.com/kl/culture/music/goo... https://hype.my/2023/316033/100-price-increase-net... https://www.goodvibesfestival.com/ https://www.todayonline.com/entertainment/music/el... https://www.bandwagon.asia/articles/photo-gallery-... https://www.bandwagon.asia/articles/good-vibes-fes... https://www.sinardaily.my/article/201926/malaysia/... https://web.archive.org/web/20230722045610/https:/... https://www.billboard.com/music/music-news/matty-h...